Tuesday, July 6, 2010

VII. EN ROUTE TO MAKKAH: PILGRIMS' VOICES THROUGHOUT THE CENTURIES (MUHAMMAD ASAD/LEOPOLD WEISS)

MUHAMMAD ASAD
GALICIA, SPAIN
HAJJ 1927 AD / 1345 AH

Muhammad Asad was born on 2 July 1900/ 4 Rabi’ al Awal 1318 in Eastern Galicia. Known as Leopold Weiss before his conversion to Islam, he had a distinguished career as a journalist in Europe. In 1926 AD/ 1344 AH, he decided to return to Germany. In the same year, he married a German painter and converted to Islam. After Elsa’s conversion a few weeks later, both headed to Mecca in order to perform the Hajj. His experiences as a foreign correspondent for the Frankfurter Zeitung included areas such as Iran, Egypt, Kabul, Damascus and Isfahan. Despite this, the journey to Mecca was something altogether different and was pictured by Muhammad Asad in his accounts entitled The Road to Mecca.

On their way to Masjid Al-Haram, he mentioned in his accounts the panorama of Mecca with its buzzing streets of bazaars and people.

“And, again, there were people of all races and garbs and expressions. A shouting, thronging commotion in all directions, so that you felt you were in the midst of breaking waves of which you could grasp some details but never an integrated picture. Everything floated amid a buzz of innumerable languages, hot gestures and excitement – until we found ourselves, suddenly, before one of the gates of the Haram, the Holy Mosque".

The remainder of Muhammad Asad’s life was no less interesting. He worked hand in hand with the philosopher Muhammad Iqbal to lay the groundwork of Pakistani nation and wrote numerous works on Islam. He died in 1992 AD/ 1412 H and is buried in a Muslim cemetery in Granada, Spain.

MUHAMMAD ASAD
GALICIA, SEPANYOL
IBADAH HAJI 1927 M / 1345 H

Muhammad Asad telah di lahirkan pada 2 Julai 1900 M / 4 Rabi’ al Awal 1318 H di kawasan timur Galicia. Beliau dikenali dengan nama Leopold Weiss sebelum memeluk Islam dan mempunyai kerjaya yang hebat sepanjang hidupnya. Pada tahun 1926 M/ 1344 H, setelah menempa namanya sebagai seorang wartawan yang terkenal di Eropah, beliau telah membuat keputusan untuk pulang ke Jerman. Dalam tahun yang sama, beliau telah berkahwin dengan seorang pelukis Jerman dan memeluk agama Islam. Setelah isterinya, Elsa, juga memeluk Islam beberapa minggu selepas Muhammad Asad, mereka telah memutuskan untuk menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji. Pengalamannya sebagai wartawan luar negeri bagi akhbar Frankfurter Zeitung membawa beliau ke Iran, Kabul, Damsyik dan Isfahan. Walaupun begitu, perjalanan ke Makkah adalah pengalaman yang baru baginya dan telah digambarkan oleh Muhammad Asad di dalam catatannya yang bertajuk Jalan ke Makkah.

Di dalam perjalanan mereka menuju ke masjid, beliau telah mencatatkan tentang suasana Makkah dengan jalan pasar yang hingar-bingar dan juga tentang kepelbagaian orang dan bangsa yang bertebaran di sekitar kota semasa musim Haji.

“Sekali lagi, manusia daripada pelbagai bangsa, pakaian dan pertuturan berkumpul. Jeritan, keriuhan orang ramai dari segenap penjuru, menyebabkan kamu berasa seolah-olah berada di tengah gelombang yang terputus-putus di mana kamu hanya boleh menangkap beberapa perkataan sahaja tetapi tidak keseluruhan cerita. Semuanya dialunkan dalam keriuhan berbagai-bagai bahasa, pergerakan yang pantas, dan keterujaan - tiba-tiba kami tersedar kami telah berada di hadapan salah satu pintu gerbang Masjid al Haram.”

Sisa kehidupan Muhammad Asad sebagai seorang Islam selepas itu tidak kurang menariknya. Muhammad Asad juga mempunyai pengalaman berkerjasama dengan seorang ahli falsafah Pakistan, Muhammad Iqbal di dalam usaha membentuk asas-asas negara Pakistan dan beliau telah menulis banyak hasil penulisan yang berkaitan dengan Islam. Muhammad Asad telah meninggal dunia pada 1992 M/ 1412 H dan telah di kebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam yang terletak di Granada, Sepanyol.
SOURCE: Teks ini adalah hak milik Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM). Teks adalah panel pameran 'En Route to Mecca: Pilgrims' Voices throughout the Centuries' IAMM. Writer and researcher: Mr. Zulkifli Ishak/ English editor: Mr. Lucien de Guise/ Malay editor: Mrs. Ros Mahwati Ahmad Zakaria.

No comments:

Post a Comment