Monday, July 12, 2010

IX. EN ROUTE TO MAKKAH: PILGRIMS' VOICES THROUGHOUT THE CENTURIES (CALIPH HARUN AL-RASHID)

CALIPH HARUN AL-RASHID
763-809 AD /146-193 AH
ABBASID DYNASTY


The Abbasid Caliph Harun Al-Rashid was born at Rayy, Iran in 763. He was the son of Caliph Al-Mahdi and Khayzuran, originally a slave girl from Yemen, who was later freed. Harun Al-Rashid was raised under the supervision of a personal tutor, Yahya Ibn Khalid Barmakid. The Barmakids were a noble Persian family that provided strong support for the Abbasid dynasty. Harun Al-Rashid ascended the throne in 786, after the death of Caliph Al-Hadi.

While the Barmakids took care of administrative matters, Harun Al-Rashid found an opportunity to go for the Hajj pilgrimage during the summer after his accession to power. He had previously been with his father in 777, and after becoming caliph he revisited Mecca another eight times. Among the pilgrimages that have been reported in history were in the year 802, with his two sons Al-Amin and Al-Ma’mun, and another with his wife Zubayda in 805.

Harun Al-Rashid spent a huge proportion of his wealth on the poor of the Holy Cities, a tradition that had been practised earlier by his father. One example of Caliph Harun’s munificence was during his pilgrimage of 802, when one and a half million gold dinars were distributed to the residents of Mecca and Medina. Harun’s wife Zubayda displayed no less generosity. She performed Hajj five or six times, and was renowned for her compassion towards the welfare of pilgrims. During her pilgrimage in 805, she and Harun witnessed the effects of drought and contributed to increasing the depth of the Zamzam well.


KHALIFAH HARUN AL-RASHID
DINASTI ABBASIYYAH
763-809 M /146-193 H

Khalifah Harun Al-Rashid dari Dinasti Abbasiyyah telah dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 763 M/ 146 H. Baginda merupakan putera kepada Khalifah Al-Mahdi dan bondanya Khayzuran, yang pernah menjadi hamba wanita di Yaman, yang kemudiannya telah dimerdekakan oleh Khalifah Al-Mahdi. Khayzuran telah memainkan peranan yang penting semasa pemerintahan suaminya dan juga puteranya, Khalifah Harun Al-Rashid. Khalifah Harun Al-Rashid telah dibesarkan di dalam istana dan berada di bawah pengawasan dan tunjuk ajar gurunya bernama Yahya Ibnu Khalid Barmakids. Barmakids merupakan golongan keluarga bangsawan Parsi yang memberi sokongan padu kepada kerajaan Dinasti Abbasiyyah. Harun Al-Rashid telah menaiki takhta sebagai khalifah pada tahun 786 M/ 169 H selepas kemangkatan Khalifah Al-Hadi.

Sewaktu Barmakids menguruskan hal ehwal pentadbiran, Khalifah Harun Al-Rashid telah menggunakan peluang itu untuk menunaikan ibadah haji pada musim panas selepas baginda menaiki takhta. Baginda pernah mengerjakan haji bersama ayahandanya pada tahun 777 M/ 160 H, dan mengerjakan haji sebanyak lapan kali lagi sewaktu menjadi khalifah. Di antara peristiwa yang telah dicatatkan di dalam sejarah sewaktu baginda mengerjakan ibadah haji ialah pada tahun 802 M/ 185 H iaitu sewaktu bersama dengan dua orang puteranyanya, Al-Amin dan Al-Ma’mun, dan pada tahun 805 M/ 189 H ketika bersama permaisurinya, Zubayda.

Khalifah Harun Al-Rashid telah membelanjakan sebahagian besar hartanya ke atas golongan fakir miskin di dua kota suci umat Islam, seperti yang dilakukan oleh ayahandanya. Contoh kemurahan hati Khalifah Harun Al-Rashid ialah ketika baginda mengunjungi Makkah pada tahun 802 M/ 185 H di mana baginda telah mengagihkan dinar emas sebanyak setengah juta kepada penduduk kota Makkah dan Madinah. Seperti Khalifah Harun, permaisurinya, Zubayda, juga tidak kurang dengan sifat dermawannya. Permaisuri Zubayda yang telah menunaikan ibadah hajinya sebanyak lima atau enam kali termashyur dengan sifat belas kasihannya terhadap kebajikan jemaah haji. Semasa baginda pergi ke Makkah pada tahun 805 M/ 189 H, Permaisuri Zubayda dan Khalifah Harun Al-Rashid telah menyaksikan kesan bencana banjir di Makkah lantas, terus menyumbang kepada usaha mendalamankan telaga Zamzam.
SOURCE: Teks ini adalah hak milik Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM). Teks adalah panel pameran 'En Route to Mecca: Pilgrims' Voices throughout the Centuries' IAMM. Writer and researcher: Mr. Zulkifli Ishak/ English editor: Mr. Lucien de Guise/ Malay editor: Mrs. Ros Mahwati Ahmad Zakaria.

No comments:

Post a Comment