Tuesday, July 6, 2010

MUSLIMS CONFRONTATION WITH THE MONGOL HORDES: WHERE IT BEGINS?

Pada awal abad ke 11, bertempat di Asia Tengah, muncul sebuah kerajaan Islam yang di kenali sebagai Khwarazm (1077-1231 AD) yang mana sejarah kemunculannya boleh di jejak daripada susur-galur pemerintahan kerajaan Islam Seljuq yang telah lama wujud sebelum tertubuhnya dinasti ini. Khwarazm asalnya adalah merupakan sebuah kedaulatan yang ditubuhkan oleh seorang gabenor Seljuq bernama Nushtigin, yang juga berperanan sebagai jeneral perang bagi angkatan bersenjata kerajaan Seljuq. Di atas kecemerlangan dan ketaatan yang telah di berikan kepada Sultan Seljuq pada ketika itu, tanah Khwarazm telah dianugerahkan kepada Nushtigin. Khwarazm kini mula berada di bawah pemerintahan bebas Nushtigin bermula pada tahun 1077 AD (namun begitu Khwarazm masih perlu memberikan ketaatannya tanpa berbelah bagi terhadap Sultan Seljuq). Selain itu, Sultan Seljuq juga telah menganugerahkan gelaran ‘Khwarazm Shah’ kepada setiap pemerintah kerajaan Khwarazm, dan gelaran yang bersifat warisan ini akan di perturunkan kepada keturunan pemerintah yang seterusnya.

Khwarazm berkembang sejajar dengan kejayaan2 misi penakhlukkan yang dilakukan oleh para pemimpin mereka sehingga keluasan jajahannya hampir menyamai status sebuah empayar. Namun begitu, sejarah kegemilangan Khwarazm tidaklah mudah untuk mereka kecapi. Pertembungan dengan kerajaan Seljuq yang di ketuai oleh pemimpin2 pemberontakan Khwarazm seperti Sultan Astyz, pertembungan dengan Khalifah Abbasid di Baghdad, pertembungan dengan Ghurids, kekacauan Qara Khitai (infidel) yang akhirnya memainkan peranan yang besar di dalam kerajaan Khwarazm dan pelbagai lagi peristiwa yang berlaku sebelum Khwarazm berjaya menjadi sebuah jajahan yang besar. Khwarazm kini mula menjadi kerajaan yang di geruni apabila menamatkan sejarah pemerintahan kerajaan Islam Seljuq, mengalahkan Ghurids dan berkerjasama dengan puak2 Qara Khitai untuk menubuhkan ‘empayar’ Khwarazm. Dalam masa yang sama, Khwarazm juga mula di musuhi oleh Khalifah Abbasid di Baghdad apabila Khwarazm yang di sokong Qara Khitai tidak putus2 memaksa khalifah di Baghdad memberikan gelaran Sultan kepada pemerintah Khwarazm pada ketika itu iaitu Alauddin Muhammad/ Sultan Muhammad II. Apabila tuntutannya tidak di layan, Sultan Muhammad II mula bertindak nekad menyerang khalifah di Baghdad, akan tetapi serangannya ini mudah di patahkan oleh para tentera Abbasid. Dengan penuh rasa kehinaan, Sultan Muhammad II telah melarikan diri dan bersembunyi di sebuah pulau yang terletak di Laut Kaspian; dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di pulau ini pada tahun 1220 AD.

Di malukan oleh Khalifah di Baghdad bukanlah satu2nya penghinaan yang di alami oleh Sultan Muhammad II. Selain daripada bertelagah dengan khalifah di Baghdad, Sultan Muhammad II juga terpaksa berhadapan dengan ketumbukkan musuh yang di kenali dengan kebuasannya menjarah jajahan2 takhluknya. Musuh yang muncul dari pergunungan steppe di timur Khwarazm ini cukup pantas bergerak, pantas menghancurkan, dan begitu berdisiplin walaupun bergerak dengan gerombolan yang besar. Gerombolan ini di ketuai oleh pemimpin pertama dan agung bagi masyarakat Mongol, dan pemimpin ini di berikan gelaran Genghis Khan.

Sultan Muhammad II menaiki takhta kerajaan Khwarazm pada sekitar tahun 1200 AD. Dalam masa yang sama pada awal abad ke 13, Genghis Khan juga telah mula menjadi pemerintah tunggal bagi seluruh tanah besar Mongolia setelah dia berjaya menyatukan puak-puak Mongol yang bertelagah sesama sendiri. Para sejarawan Mongol samada dari dunia Islam mahupun barat telah mencatatkan hubungan yang berlaku di antara kerajaan Khwarazm dan Genghis Khan. Sejarawan seperti ‘Ata al-Malik al Juwayni, al-Saifi, Ibnu Athir, John Andrew Boyle, David Morgan, Leo de Hartog, Paul Ratchnevsky dan lain-lainnya juga telah merekodkan kegiatan-kegiatan yang berlaku di antara dua buah kuasa besar di Asia Tengah ini, sama ada catatan mereka dalam bentuk naratif ataupun melalui susunan fakta yang di kumpul daripada sumber2 yang tertentu. Bagi ‘Ata al-Malik al-Juwayni dan juga Ibnu Athir sebagai contoh, telah mencatatkan pengalaman mereka sendiri berhadapan dengan kemaraan tentera Mongol ke atas dunia Islam kerana mereka hidup pada zaman yang sama. Dan dengan ini bolehlah di anggap bahawa sejarah yang di tulis oleh mereka adalah yang hampir kepada tulen dan tepat jika dibandingkan dengan apa yang di sampaikan oleh sejarawan yang lainnya.

Pada dasarnya, hubungan di antara dua kuasa besar di Asia Tengah ini tidaklah berlaku secara langsung. Kedua-duanya yang sudah pun mengetahui dan mengagumi kehebatan masing2 mengambil tindakkan menghormati antara satu sama lain sehingga tidak mungkin kedua2 pihak ini akan sengaja mencetuskan pertelingkahan. Bermula dengan perkhabaran mengatakan bahawa Genghis Khan telah berjaya menakhluki empayar Chin (yang berpusat di Beijing hari ini) yang telah sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad ke II, dan atas dasar ingin tahu yang begitu mendalam, beliau telah mengutuskan utusannya untuk bertemu dengan Genghis Khan. Genghis Khan telah menyambut baik kehadiran para utusan Sultan Muhammad II ini di khemah tenteranya di China. Di sini, melalui utusan yang di hantar oleh Sultan Muhammad ke II, Genghis Khan mengakui kedaulatan Sultan Khwarazm yang berkuasa di sebelah barat dan menegaskan agar Sultan Muhammad II juga mengakui akan kekuasaan dirinya di sebelah timur. Genghis Khan juga berhasrat mengadakan hubungan perdagangan di antara dua buah kuasa ini, yang mana para pedagang dari kedua-dua kawasan bebas untuk mengadakan aktiviti2 perdagangan tanpa dikenakan sebarang sekatan dan juga ancaman. Akan tetapi, Sultan Muhammad ke II tidak menyambut baik tawaran yang di kemukakan oleh Genghis Khan ini serta menunjukkan sikap permusuhan di atas pelawaan penguasa Mongol ini. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa Sultan Muhammad II telah lama merancang untuk menakhluk empayar Chin seawal tahun 1205 AD lagi. Maka terdapat kemungkinan di sebabkan tindakkan Genghis Khan yang telah mendahului rancangannya itu telah menyebabkan rasa iri hati dan marah, lantas menimbulkan perasaan kurang senang Sultan Muhammad II ke atas Genghis Khan.

Mengikut catatan Paul Ratchnevsky di dalam bukunya Genghis Khan His Life and Legacy, ketua angkatan perang Mongol iaitu Jochi (juga merupakan anak kepada Genghis Khan) juga telah menawarkan pelbagai insentif bagi mengukuhkan hubungan antara kedua2 belah pihak. Antara tawarannya ialah jaminan yang bala tentera Sultan tidak akan menerima sebarang ancaman dari Mongol, juga termasuk tawaran untuk berkongsi harta rampasan perang yang di perolehi ketika misi-misi penakhlukan Mongol sebelum ini. Di pihak Sultan Muhammad ke II pula, beliau tetap berkeras dan berpendirian tidak akan melayan segala tuntutan perdamaian yang di tawarkan oleh Genghis Khan serta bersedia berhadapan dengan kekuatan ancaman tentera Mongol yang dianggapnya sebagai kafir dan sesat.

Sebenarnya, hubungan perdagangan antara puak2 dan kerajaan2 di Asia Tengah adalah di anggap penting pada ketika ini. Bagi pihak Mongol khususnya, urusannya dengan perdagang2 Islam merupakan satu kemestian dan satu keperluan bagi keseluruhan masyarakat Mongol. Antara salah satu sebabnya ialah kebanyakkan bijirin-bijirin yang di perlukan oleh masyarakat Mongol berada di luar tanah Mongolia, dan pedagang2 inilah yang berperanan mendapatkan bekalan2 tersebut bagi kegunaan Mongol. Selain daripada itu, para pedagang Islam juga mempunyai pelbagai kelebihan serta peranan kepada Mongol. Di antara para pedagang ini, ada sesetengahnya yang terlibat di dalam misi2 perisikkan bagi pihak Mongol. Maklumat berkaitan dengan kekuatan dan kelemahan sesebuah kerajaan, kekuatan ketenteraan dan persenjataan, maklumat demografi sesebuah tempat serta informasi berkenaan kesetiaan masyarakat awam terhadap pemerintah tempatan merupakan antara maklumat2 penting yang cukup berharga untuk di ketahui mereka sebelum memulakan sebarang misi penakhlukan. Besar kemungkinan, keadaan inilah yang menyebabkan Sultan Muhammad II enggan mengadakan sebarang kerjasama dengan pihak Mongol yang memang terkenal dengan kebuasan mereka menghancurkan semahu2nya kerajaan2 yang wujud pada waktu itu. Selain daripada itu, Sultan Muhammad II juga berpendapat bahawa hubungan perdagangan dengan pihak Mongol tidak akan membawa keuntungan yang besar dari segi ekonomi bagi pihak kerajaan Khwarazm. Namun begitu, di sebalik keengganan Sultan Muhammad II di dalam menuruti kemahuan Genghis Khan, para pedagang tetap juga meneruskan aktiviti2 perdagangan mereka dengan Mongol, ini kerana mereka berpendapat perdagangan yang dijalankan ini mendapat keuntungan yang cukup besar. Tambahan lagi, Genghis Khan juga memberi jaminan akan memastikan agama Islam dan nyawa pedagang2 Islam akan tetap di hormati. Maka jaminan yang menarik minat pedagang2 Islam ini telah menjadikan kegiatan perdagangan antara mereka terus wujud. Jika di pandang dari satu aspek yang lain, situasi ini sebenarnya benar2 merugikan Sultan Muhammad II. Ini kerana maklumat2 kerajaan Islam Khwarazm kini dengan mudahnya boleh berada di tangan Genghis Khan pada bila2 masa.

Kemuncak konflik di antara Sultan Muhammad II dengan Genghis Khan berlaku pada tahun 1218 AD apabila sekumpulan rombongan pedagang dari jajahan Mongolia seramai 450 orang telah di tahan oleh Inal Khan, gabenor Bandar Otrar (salah sebuah kawasan jajahan Khwarazm) daripada memasuki bandar tersebut. Atas tuduhan bahawa rombongan ini merupakan perisik bagi pihak Mongol, mereka telah di bunuh dan barang2 dagangan mereka telah dirampas. Mengikut pendapat sejarawan Islam ‘Ata al-Malik al-Juwayni di dalam catatannya, Inal Khan telah tersinggung dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh salah seorang pedagang India dari rombongan tersebut, sehingga berlakunya pembunuhan beramai2 yang telah dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan secara lisan daripada Sultan Khwarazm. Mengikut undang2 antarabangsa yang di amalkan ketika itu, perbuatan Inal Khan ini merupakan satu kesalahan yang amat serius di mana tindakan yang diambilnya tanpa mengikut arahan dan persetujuan Sultan Muhammad II merupakan pencabulan bagi undang2 antarabangsa. Dalam insiden ini, salah seorang daripada ahli rombongan pedagang ini telah berjaya meloloskan diri dan melaporkan kejadian yang berlaku ini kepada Genghis Khan. Sebagai tindak balas bagi kekejaman yang dilakukan oleh gabenor Otrar ini, Genghis Khan telah menghantar tiga orang utusannya menghadap Sultan Muhammad II dengan tuntutannya supaya Inal Khan diserahkan kepadanya ataupun di hukum dengan hukuman yang sewajarnya. Akan tetapi, kisah sebaliknya telah berlaku. Salah seorang daripada utusan Genghis Khan ini telah di bunuh, dan dua orang yang lainnya telah di hina dengan janggut mereka di cukur. Salah seorang daripada utusan ini merupakan seorang yang di muliakan dan di anggap suci oleh masyarakat Mongol (sacrosanct), tindakkan menyentuhnya apalagi mengancam nyawanya merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan oleh Genghis Khan. Bagi penguasa Mongol ini, tiada lagi sebarang rundingan dan perutusan yang perlu di hantar untuk menjernihkan keadaan, melainkan peperangan sahaja merupakan jalan tunggal bagi menyelesaikan masalah ini.

Seperti yang dicatatkan secara naratif oleh ‘Ata al-Malik al-Juwayni di dalam bukunya yang telah di alih bahasa ke dalam bahasa Inggeris Genghis Khan the History of the World Conqueror, Genghis Khan telah menerima berita ini dengan penuh kemarahan. Bertindak mengasingkan dirinya di puncak gunung selama tiga hari, Genghis Khan memohon kekuatan dari Tuhannya bagi memerangi Sultan Muhammad II, serta bersiap sedia menyiapkan angkatan tenteranya. Di khabarkan persiapan tenteranya telah mengambil masa selama satu tahun. Genghis Khan juga mula merencanakan strategi2 peperangan yang berkesan, mengumpul maklumat2 perisikkan juga mengupah pakar2 dari China bagi penyediaan alatan peperangan yang tercanggih di zamannya seperti trebuchet, catapult dan ballistik. Malahan dia juga telah cuba untuk mengucar-kacirkan urusan dalaman kerajaan Khwarazm dengan memberi rasuah kepada ibu Sultan Muhammad II, Terkhen Khatun serta golongan pembesar2 Sultan Muhammad II. Kepercayaan rakyat Khwarazm juga di lunturkan sedikit demi sedikit sehingga Genghis Khan cukup pasti bahawa Sultan Muhammad II tidak akan mampu memanggil seruan jihad bagi mempertahankan kedaulatannya. Perlu dinyatakan di sini, permusuhan yang telah lama bermula daripada pemerintah terdahulu kerajaan Khwarazm, Tekish dengan Khalifah di Baghdad telah menyebabkan hubungan di antara kerajaan Khwarazm dan Baghdad terus rengang, dan sebarang jangkaan pertolongan daripada Khalifah hampir pasti tidak akan berlaku. Tekish sebelum ini, yang membantu Khalifah di Baghdad untuk menjatuhkan kerajaan Islam Seljuq yang cukup berpengaruh dalam menentukan polisi Baghdad telah mengkhianati arahan Khalifah. Tekish bertindak menduduki kawasan bekas jajahan takhluk Seljuq dan meminta pengiktirafan daripada Baghdad, dan hal ini tidak dipersetujui oleh Khalifah. Selain daripada sebab itu, bala tentera Sultan Muhammad II yang majoritinya terdiri daripada puak-puak Qara Khitai yang bukan beragama Islam, telah menimbulkan kekacauan dan rasa tidak senang hati rakyat kerajaan Khwarazm sendiri. Faktor2 ini menyebabkan Sultan Muhammad II terdedah kepada bahaya besar yang bakal menanti di hadapannya. Maka serangan Mongol yang di ketuai sendiri oleh Genghis Khan bersama2 dengan empat orang anak-anaknya telah meranapkan hampir semua jajahan Khwarazm, bermula dengan serangan ke atas Otrar yang menyaksikan pembunuhan kejam ke atas gabenornya, Inal Khan.

Penakhlukkan tentera Mongol ke atas dunia Islam tidak berakhir di Khwarazm sahaja. Mongol mula memburu saki baki keturunan Sultan Muhammad II, bermula dengan puteranya Jalaluddin Mangkubarni. Kemaraan Mongol yang di ketuai turun temurun oleh keturunan Genghis Khan dan para jeneral perangnya yang berkaliber terus menjarah dunia Islam, sehingga menuju ke istana Khalifah Abbasiyah di Baghdad. Pada tahun 1258 AD, berlakulah peristiwa menyayat hati yang di kekal ingati oleh umat Islam. Khalifah Islam Abbasiayah telah wafat dengan penuh kehinaan apabila di pijak oleh kuda2 tentera Mongol yang ketika itu di bawah pimpinan Hulagu Khan.
PLUS: Sesetengah sejarawan berpendapat bahawa Khalifah berpakat dengan Mongol supaya tentera Mongol menyerang Khwarazm Shah. Open for all to be a 'detective', and find an answer for this.

Source: zulkifli ishak, somewhere between 2007-2008.
References: Paul Ratchnevsky, Genghis Khan His Life and Legacy, Oxford: Basil Blackwell, 1991. David Morgan, The Mongols, Oxford: Blackwell Publishers, 1999. And etc.

2 comments:

  1. aku pernah dengar dalam satu ceramah kat surau rumah aku tinggal yang disampaikan oleh seorang ustaz saudara baru (mualaf) berbangsa cina mengatakan bahawa kerajaan bagdhad pada masa itu amat kuat dan sukar untuk ditakluki oleh kerajaan mongol. Beberapa peperanggan yang berlansung dan akhirnya mongol gagal untuk menguasai kerajaan baghdad. Rahsia adalah doa-doa dari para sufi dan alim ulama yang tidak tercemar tubuh badan & hati mereka dari sebarang benda-benda haram. Doa-doa meraka mustajab. Hinggalah rahsia ini sampai kepengetahuan Hulagu Khan( x silap aku la, sebab masa ustaz tue sebut nama jeneral tue aku terkekeh gelak...) beliau merancang mengadakan jamuan makan dengan menjemput semua ahli sufi & alim ulamak, dihidangkan makan mereka dengan dicampurkan benda-benda haram. Tumbanglah satu lagi kerajaan islam ditangan orang mongol. Strategi kejayaan menakluk kerajaan bagdhah ini lah digunapakai oleh orang kafir kini untuk mencemarkan hati orng islam agar doa-doa mereka tidak naik ke atas....walallahualam...

    < din >

    ReplyDelete
  2. Din, aku pun macam pernah dengar cerita ni. Bahaya bila dengar 'doa orang Islam tak naik ke atas'. Teringat ceramah ustaz Singapore kat pc ko yang ko bukak kuat semalam. Bilal bin Rabah even suara dia azan tak sedap sangat, tapi azan dia malaikat dengar, hari lain, bila ada muazzin yg. semata2 azan berlagu2 sedap, malaikat tak dengar. Malaikat siap turun dan tanya nabi tak silap aku, rahsianya ialah Bilal ikhlas kerana Allah.

    ReplyDelete