Sunday, July 18, 2010

IBNU KHALDUN, AL-MUQADDIMAH (PROLEGOMENA), KITAB AL-‘IBAR AND ‘UMRAN: MY BRIEF AND SIMPLE NOTES

Islam menggalakkan penganutnya berfikir dengan rasional dan kritikal; sebaliknya menegah penganutnya mengikut sesuatu dengan membuta tuli (taqlid buta). Dengan berfikir secara rasional dan kritikal, seseorang individu tidak akan hanya mempercayai dan mudah di pengaruhi oleh berita yang sampai kepada mereka tanpa melalui penapisan dan pertimbangan yang sesuai. Ibnu Khaldun, ilmuan sains sosial/historian/sociologist etc. Islam tersohor di sepanjang sejarah merasa terpanggil untuk mewujudkan method baru bagi memahami, menilai dan mendapatkan kebenaran sejarah. Ibnu Khaldun telah membuat anjakkan paradigma di dalam metodologi yang diguna pakai oleh para sejarawan Islam yang terdahulu daripadanya di dalam menghasilkan apa yang di panggil sejarah.

Ibnu Khaldun tidak melihat sejarah itu semata2 sebagai susunan fakta2 yang diperturunkan dari keturunan yang sudah2, atau fakta2 yang sukar untuk di kaitkan antara satu dengan yang lain, juga fakta2 yang terdapat unsur2 penambahan dan pemalsuan, seperti yang di lakukan oleh kebanyakkan para sejarawan sebelumnya. Namun begitu, Ibnu Khaldun menyanjung tinggi usaha2 para sejarawan generasi terawal Islam yang telah membuat sumbangan besar di dalam pengumpulan fakta2 sejarah. Bagi menyampaikan falsafah/ metodologi pemahaman sejarahnya, maka lahirlah Al-Muqaddimah (masyarakat Eropah mengenalinya dengan nama Prolegomena of Ibnu Khaldun), iaitu bahagian pendahuluan/pembukaan kitabnya yang mashyur, iaitu Kitab Al-‘Ibar (judul penuh kitab ini Kitab al-‘Ibar wa Diwan al-mubtada’ wa al-Khabar fi Ayyam al-‘arab wa al-‘Ajm wa al-barbar wa man asharahum min Dzawi as-Sultan al-Akbar).
Al-Muqaddimah Ibnu Khaldun secara ringkas bolehlah di katakan sebagai 'philosophy of history'. Ia menyentuh perihal historiografi/ penulisan sejarah. Al-Muqaddimah juga menyentuh perihal historical criticism yang menggalakkan sejarawan lebih kritikal dalam membaca dan menilai teks2 sejarah, juga menekankan kepentingan berfikir dan mengambil kira pelbagai faktor sebelum mengiakan atau menemukan sesuatu fakta2 sejarah supaya hasil penemuan/ hasil spekulasi tidak salah. Ibnu Khaldun juga menyentuh beberapa kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh para sejarawan sebelumnya.

Selain daripada Al-Muqaddimah Ibnu Khaldun yang menjadi antara karya intelektual terhebat di dunia sehingga ke hari ini (di akui oleh sejarawan2 barat sebagai antara rujukan terbaik di bidang historiografi), Ibnu Khaldun juga di kenali dengan ‘ilm al ‘umran. ‘Ilm al ‘umran ialah cabang ilmu pengetahuan berkaitan dengan pengkajian terhadap tamadun/ civilization. ‘Umran adalah perkataan bahasa arab, dan kata dasarnya ialah ‘a-ma-ra. Bahasa mudah untuk memahami ‘a-ma-ra/ ‘umran ialah ia bermaksud membangunkan, membina, memakmurkan, dan semuanya ini bersifat progress/ maju/ meningkat i.e. orang kita biasa sebut meng’imarah’kan masjid. ‘Umran boleh di translate sebagai berikut: inhabitedness, activity, busting life, thriving, flourishing, prosperity, civilization, building, edifice, structure.

Ibnu Khaldun menerangkan perihal ‘umran berdasarkan pemantauan dari kaca matanya, keadaan dan waktu di mana beliau hidup; dengan persekitaran zamannya (North African, Maghrib, Berber etc.) sebagai ‘case study’. Malahan, kita juga boleh kata kebanyakkan historian lain yang mengeluarkan teori2 mereka adalah berpandukan keadaan persekitarannya, serta berpaksikan semangat zamannya. Namun begitu, ini tidaklah bermaksud teori2 yang di keluarkan oleh para ilmuan beratus2 tahun dahulu langsung tidak relevan di praktikkan pada hari ini. Ini kerana manusia itu sebenarnya belajar daripada benda yang telah lepas, bukan benda yang ada dalam visinya atau imaginasinya.
Sebahagian penulisan Ibnu Khaldun berkaitan ‘Ilm al ‘umran adalah seperti berikut. ‘Umran menurut Ibnu Khaldun ialah proses progresif yang berterusan di lakukan oleh umat manusia yang di capai melalui usahasama dan kerjasama.

“Human society is a must. Philosophers express this by saying that man is political by nature; meaning, he cannot do without social life which is civic in nature. To explain…man cannot survive without food…the capacity of any one individual is inadequate, (there is a need) to grind, knead, and bake food, they also need craftsmen such as blacksmiths, carpenters, and potters. Individuals also need the help of their fellow men for defence…from aggressive animals, and from aggression of other human beings…(thus) the society of men is achieved and ‘umran is spread.”

Dengan wujudnya society; sokongan antara satu sama yang lain, ‘umran dapat di realisasikan. Dengan ini, umat manusia sudah memenuhi keperluan mereka yang paling asas. Peringkat seterusnya ialah mereka mahukan kehidupan yang lebih baik, dan ini boleh di capai dengan menggunakan akal/pemikiran yang rasional untuk mencari kehidupan yang lebih baik tersebut.

“Crafts, especially arithmetic and writing, bestow a certain mind on those who practice them…rational soul exist in man only potentially. Its emergence from potentiality to actuality is depicted by the rise of new sciences and perceptions derived first from the world of senses, then what is acquired afterwards by the speculative power, until it becomes active perception and pure intellect.”

Untuk mendapat akal/pemikiran yang rasional, umat manusia memerlukan ketenangan dan keselamatan. Ketenangan dan keselamatan boleh di dapati melalui kerjasama yang erat antara mereka. Maka apa yang perlu dilakukan ialah mereka perlu mengeratkan hubungan antara mereka. Ibnu Khaldun menggunakan istilah ‘asabiyah.

“The defensive and protective action (of mankind) is not effective unless they have a common ‘asabiyah or fellow feelings of having common descent…with this they become strong and powerful. The compassion and partisan support towards their relatives and blood relations becomes part of their human nature. It leads to their solidarity and mutual support, and increases the fear of their enemy…(and when it comes to fighting) it won’t do without ‘asabiyah”.

‘Asabiyah asalnya berkaitan dengan semangat kesatuan puak, keluarga, darah daging. Kesatuan ini begitu kuat dan ia berfungsi memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal, material mahupun emosi dan spiritual. ‘Asabiyah dapat mewujudkan perlindungan dan keselamatan di kalangan kesatuan mereka. ‘Asabiyah juga dapat menjadi penaung atau pelindung bagi golongan yang berada di luar lingkup ‘asabiyah2 tertentu dan memilih untuk di lindungi oleh ‘asabiyah2 tersebut. Perlindungan dan keselamatan dapat mewujudkan ‘working condition’ yang baik, seterusnya dapat menghasilkan pengeluaran (production) yang lebih bagus dari segi kualiti dan kuantiti.

Menyentuh perihal pengeluaran (production), Ibnu Khaldun membahagikan ‘umran kepada dua. Pertama, rural ‘umran (‘umran di kampung/pedalaman). Kedua, urban ‘umran (‘umran di bandar). Pengeluaran (production) yang berdasarkan keperluan (necessities) membentuk ‘umran yang pertama. Pengeluaran (production) yang bertujuan untuk kemewahan (luxuries) membentuk ‘umran yang kedua. Ibnu Khaldun juga menerangkan berkenaan ‘production of luxuries’.

“Should the circumstances of the working people improve, and they acquire more wealth and comfort than necessary, they would turn to a life of ease and tranquility. They would build larger houses and make plans for towns and cities to live in. further increase in their prosperity would lead to the formation of luxury habits which reach to a high degree of refinement in the preparation of food and cooking, in the selection of fancy clothes of silk and brocade. They construct ever higher buildings, and houses, with elaborate decoration”.

Dengan persekitaran yang terjamin dari segi keselamatan akan menggalakkan berlakunya ‘production of necessities’ dan ‘production of luxuries’. Pengeluar kini mula bersaing antara satu sama lain. Pihak pemerintah i.e. government pula akan menaikkan cukai2, dan cukai2 ini tidak akan mendatangkan masalah sekiranya pihak pemerintah menjalankan tanggungjawab mereka kepada penduduk, dan tanggungjawab yang paling utama ialah menjamin keselamatan dan mengamalkan keadilan kepada penduduk.

Ibnu Khaldun juga mengingatkan agar pihak pemerintah i.e government tidak ‘merampas’ atau ‘mengkhianati’ harta para penduduk (i.e melaksanakan cukai yang tak masuk akal etc.). Sekiranya perkara ini berlaku, para penduduk akan mula hilang harapan dan kepercayaan untuk mencari harta pencarian. Kesan buruk bukan sahaja akan berlaku pada diri/keluarga individu2 dari kalangan para penduduk tersebut, tetapi ia juga bakal membantutkan pertumbuhan dan perkembangan ‘umran/ tamadun/ civilization itu sendiri.

“Do not think that Zulm consist only, as it is generally held, of taking away property from its owners without cause or compensation. Whoever seizes someone else’s property, or forces work on him, makes unjust claims, or imposes an obligation not required by law, has actually oppressed him. Those who collect unjust taxes are oppressors. Those who plunder property are oppressors. In consequence, the government suffers, because ‘umran is ruined due to loss of people’s hopes.”
SOURCES: Abdullah al-Ahsan, On History, Progress, and Civilization, American Journal of Islamic Social Sciences + Ahmed Elyas Hussein, Ibn Khaldun's Contribution to Historical Criticism, in Ibnu Khaldun and Muslim Historiography, edited by Ahmed Ibrahim Abushouk + etc...

No comments:

Post a Comment