Monday, June 21, 2010

INSIDE ARABESQUE - INTELLIGENCE, BEAUTY, AND TAWHEED.

Di antara prinsip asas kesenian Islam ialah tidak menonjolkan motif2 yang jelas berkaitan dengan makhluk / hidupan seperti manusia dan haiwan. Imej-imej jelas sama ada manusia atau pun sculpture2 yang menggambarkan secara solid sosok haiwan, atau ‘malaikat bersayap’ seperti yang terdapat di chapel2, church2 dan sebagainya adalah di larang di dalam Islam. Antara sebabnya ialah ianya di khuatiri akan di puja2 dan di agung2kan kesan daripada penghayatan dan penghargaan terhadap nilai2 estetika yang terdapat pada objek2 tersebut, seterusnya membuatkan umat Islam lalai dan terlupa mengagungkan Tuhan yang Satu. Jadi bagaimanakah umat Islam mahu menghayati kesenian? Bagaimana mereka ingin mentakrifkan maksud kecantikkan dan keindahan sekiranya mereka tidak dapat menikmati keindahan2 seperti lukisan2 Michaelangelo, atau ukiran2 sculpture manusia yang dapat menenggelamkan diri mereka di dalam dunia khayalan?. Ibarat kata pepatah, “Necessity is the mother of invention”, maka lahirlah jawapan bagi persoalan ini, iaitu melalui kelahiran arabesque.
Arabesque ialah bentuk corak yang rumit. Bentuk corak yang rumit ini pula terdiri daripada bentuk2 geometri, kaligrafi dan bentuk motif-motif tumbuhan gayaan (floral stylised). Contoh2 terdekat dan asas arabesque ini dapat di lihat di bahagian dalam kubah masjid, sisi-sisi hiasan masjid, dan pelbagai lagi hasil seni Islam yang lain. Arabesque di reka dan di ilhamkan oleh pengkarya2 seni Islam yang genius and mempunyai kreativiti ‘tahap dewa’. Terselindung di dalam Arabesque ialah elemen2 kebijaksanaan, aesthetic value (beauty), dan ketauhidan kepada Tuhan yang Maha Esa. Macam mana pula tu?
Di dalam arabesque sebagai contoh, di permukaan sekeping tile yang akan di pasang menjadi dinding masjid, sistem pengiraan melibatkan geometri yang tertentu, yang tepat dari segi simetri, ukuran dan sebagainya di lakarkan di atas tile tersebut dan daripadanya terhasillah corak dekorasi yang menarik. Bagi pengkarya seni Islam ulung zaman dahulu, lakaran geometri2 yang berserabut ini hanya di lakukan melalui imaginasi mereka sahaja. Ini kerana, para pengkarya seni Islam tulen di zaman dahulu biasanya akan menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bukan terbatas hanya kepada sesuatu bidang sahaja. Pelukis tile untuk hiasan masjid ini biasanya menguasai ilmu geometri sehingga setiap satu daripada tile2 lukisan tangan mereka hampir 100% identical. (saya pernah menghadiri workshop bagaimana nak menghasilkan corak arabesque step by step daripada geometri asas sehingga terhasilnya sebuah karya, susah jugak). Begitu juga dengan penulis2 manuskrip lama, mereka kena memahami ‘sains’ kerana mereka perlu menghasilkan warna2 yang mereka kehendaki daripada campuran bahan2 semulajadi seperti pokok2, mineral tertentu etc.(pigment), ini kerana ‘Buncho’ tiada lagi ketika itu.
Selain daripada itu, Arabesque juga boleh di takrifkan sebagai bentuk corak rumit yang berulang2/ berangkai2. Pengulangan corak rumit secara berterusan, di tambah lagi dengan kreativiti pengkarya dari segi pemilihan bentuk, warna dan sebagainya akhirnya dapat menghasilkan karya seni dan pemandangan yang cukup indah. Di sini pula, terpulang kepada pengkarya tersebut untuk mengembangkan prinsip seni, ideology, agenda masing2. Dengan lain perkataan, apa sahajalah 'cerita' yang mahu mereka sampaikan melalui karya tersebut (dan mungkin hanya pengkarya sahaja yang tahu).
Akan tetapi terdapat satu maksud atau satu philosophy yang tidak boleh di pinggirkan di sebalik arabesque ini, especially bagi mereka yang benar2 melihat dan memahami melalui mata hati. Ianya ialah kesan daripada pengulangan yang berterusan ini tidak akan melahirkan perasaan awalan atau pun akhiran. Ianya menggambarkan kesinambungan yang berlarutan, dan ini sebenarnya juga melambangkan sifat Allah yang tiada permulaan dan pengakhiran. Walaupun penyataan bahawa dekorasi arabesque boleh menguatkan tauhid umat Islam kelihatan terlalu simple, pedebatan pakar2 kesenian Islam kebanyakkannya tidak menafikan ‘keajaiban’ arabesque ini dan peranannya di dalam menyeru ketauhidan umat kepada Tuhan.

PLUS: Term Arabesque mengikut sejarahnya di berikan oleh 'orang2 yang berkulit putih' kepada orang Islam atau Arab (takat ni aku tak sure), dan asalnya term ini mempunyai negative connotation/ term of insult.

No comments:

Post a Comment