Tuesday, June 22, 2010

II. EN ROUTE TO MAKKAH: PILGRIMS' VOICES THROUGHOUT THE CENTURIES (MALCOLM X)

MALCOLM X
UNITED STATES OF AMERICA
HAJJ 1964 AD / 1383 AH

Malcolm X was among the most influential African-Americans in modern history. Originally named Malcolm Little, he was born in Omaha, Nebraska in 1925 AD/ 1343 AH. His early life was turbulent, he was arrested for robbery and sent to Massachusetts State Prison in 1945 AD/ 1364 AH. In prison, he became a member of the Nation of Islam, a movement that generated self-esteem and self-identification for black Americans. He was released from prison in 1952 AD/ 1371 AH. Due to conflicts about ideas and interests with Elijah Muhammad, the head of the organization, he announced his departure from the Nation of Islam in 1964 AD/ 1383 AH. In that same year he decided to perform his Hajj pilgrimage. His inability to speak Arabic, and holding a United States passport, held him up for 20 hours in a state of Ihram at Jeddah airport. The Saudi authorities enforced strict regulations to ensure non-Muslims could not enter Mecca. The Hajj Committee Court finally recognised Malcolm X as a Muslim from America. He later received an invitation to be a special guest of Prince Faysal.

“There were tens of thousands of pilgrims, from all over the world. They were of all colors, from blue-eyed blonds to black-skinned Africans. But we were all participating in the same ritual, displaying a spirit of unity and brotherhood that my experiences in America had led me to believe never could exist between the white and nonwhite.”

Malcolm X, now El-Hajj Malik El-Shabazz, was assassinated on 21 February 1965/ 19 Syawwal 1384 during a meeting of the Organization of Afro-American Unity.

MALCOLM X
AMERIKA SYARIKAT
IBADAH HAJI 1964 M / 1383 H

Malcolm X merupakan antara individu keturunan Afrika-Amerika yang paling berpengaruh di dalam sejarah moden. Namanya ialah Malcolm Little dan beliau telah dilahirkan di Omaha, Nebraska pada tahun 1925 M/ 1343 H. Sejak kecil lagi hidup beliau telah mula bergolak, beliau pernah di tahan kerana kes rompakan dan dimasukkan ke Penjara Negeri Massachusetts pada tahun 1945 M/ 1364 H. Ketika di dalam penjara, beliau telah menjadi ahli Nation of Islam, pergerakan yang membina semangat jatidiri masyarakat kulit hitam Amerika khususnya, dan masyarakat kulit hitam lain amnya. Beliau telah dibebaskan dari penjara pada tahun 1952 M/ 1371 H. Oleh kerana terdapat percanggahan pendapat dan kepentingan di antara dirinya dengan Elijah Muhammad, Malcolm X telah mengumumkan penarikkan dirinya daripada menjadi ahli Nation of Islam pada tahun 1964. Pada tahun yang sama, beliau juga telah mengambil keputusan untuk menunaikan ibadah haji. Disebabkan beliau tidak boleh berbahasa Arab, ditambah pula dengan pasport Amerika Syarikat yang dipegangnya, beliau telah terkandas selama 20 jam di dalam lapangan terbang Jeddah walaupun telah lengkap berpakaian ihram. Pihak berkuasa Arab Saudi telah menguatkuasakan peraturan yang cukup ketat bagi memastikan orang bukan Islam tidak terlepas masuk ke dalam Makkah. Akhirnya, Hajj Committee Court telah mengesahkan bahawa Malcolm X sebagai seorang Islam dari Amerika. Beliau kemudiannya telah menerima undangan khas daripada Putera Faysal.

“Terdapat berpuluh ribu jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Mereka terdiri daripada yang memiliki pelbagai warna kulit, yang mempunyai anak mata berwarna biru dan berambut perang hinggalah kepada kaum kulit hitam Afrika. Biar pun begitu, kami semua melakukan amalan yang sama, penuh dengan semangat perpaduan dan persaudaraan yang jika mengikut pengalaman ku di Amerika aku tidak akan percaya bahawa hubungan sebegini boleh wujud di antara orang kulit putih dan bukan kulit putih.”

Malcolm X yang di kenali sebagai El-Hajj Malik El-Shabazz selepas menunaikan haji, telah dibunuh pada 21 Februari 1965/ 19 Syawwal 1384 sewaktu berlangsungnya mesyuarat Organization of Afro-American Unity.
SOURCE: Teks ini adalah hak milik Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM). Teks adalah panel pameran 'En Route to Mecca: Pilgrims' Voices throughout the Centuries' IAMM. Writer and researcher: Mr. Zulkifli Ishak/ English editor: Mr. Lucien de Guise/ Malay editor: Mrs. Ros Mahwati Ahmad Zakaria.

No comments:

Post a Comment