Tuesday, June 22, 2010

I. EN ROUTE TO MAKKAH: PILGRIMS' VOICES THROUGHOUT THE CENTURIES (MALAY PILGRIMS TO MAKKAH)

MALAY PILGRIMS TO MECCA
MALAY ARCHIPELAGO
15TH - 20TH CENTURY AD / 9th – 15th CENTURY AH

Hajj pilgrimages have been recorded in Malay history since the 15th century AD/ 9th century AH. As Mecca has long been a centre of learning, it has attracted visitors with a thirst for knowledge. The holy city has been a magnet for ulama’ from every part of the Islamic world. Muhammad Yusuf Ahmad or Tok Kenali, a Muslim scholar from Kelantan, furthered his religious studies in Mecca at the age of 18 in the late 19th century. After six months sailing to Mecca, he decided to stay there to gather as much as knowledge as possible from notable Muslim scholars in that city in addition to performing his Hajj pilgrimage.
The more learned and literate Malays have tended to preserve their experiences in writing so that they might share their knowledge. Some manuscripts that have been discovered in the Malay Archipelago, written in Jawi script, touch on many aspects of Hajj, including personal accounts as well as the religious elements of the pilgrimage.
The Malay scholar Harun Aminurashid (pic) wrote of his travels to Mecca in 1960 AD/ 1379 AH in book entitled Chatetan ka-Tanah Suchi. In one part of his writing, he brings readers inside a pilgrim ship. The rigours become apparent in this translation:

“It is hard being a passenger inside compartments that are located in the middle of ship…peoples who wanted to perform Al-Hajj must be patient…there is no pleasure or freedom as you experience on land…it seems that you have to suffer for a whole month on your way Mecca and back; the only solution is patience.”

JEMAAH HAJI MELAYU KE MAKKAH
ABAD KE-15 HINGGA 20 M / ABAD KE-9 HINGGA 15 H
KEPULAUAN MELAYU

Ibadah haji telah direkodkan di dalam sejarah masyarakat Melayu semenjak abad ke-15 M / abad ke- 9 H. Dengan peranan Makkah sebagai sebuah pusat pengajian ilmu, kota ini telah menarik ramai pengunjung yang dahagakan ilmu pengetahuan. Kota suci ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri kepada para ulama’dari segenap pelusuk dunia Islam. Muhammad Yusuf Ahmad atau lebih di kenali dengan nama Tok Kenali yang merupakan seorang ilmuwan Islam dari Kelantan telah melanjutkan pengajian agama beliau di Makkah ketika berusia lapan belas tahun. Selepas mengharungi pelayaran selama enam bulan, beliau telah memutuskan untuk menetap di Makkah dengan tujuan menuntut sebanyak mungkin ilmu agama daripada para ilmuwan Islam yang termashyur di sana, di samping menunaikan ibadah hajinya.
Ramai di kalangan orang Melayu yang terpelajar berminat untuk mengabadikan pengalaman mereka di dalam bentuk tulisan agar dapat berkongsi ilmu yang mereka miliki. Beberapa manuskrip bertulisan jawi yang di temui di Kepulauan Melayu menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji, antaranya termasuk catatan-catatan peribadi serta elemen-elemen haji yang bersifat keagamaan.
Harun Aminurashid (gambar), seorang cendiakawan Melayu telah menulis catatan pengembaraannya ke Makkah pada tahun 1960 M/ 1379 H di dalam bukunya yang bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi. Dalam salah satu bahagian tulisannya, beliau seakan-akan membawa pembaca belayar bersamanya di dalam kapal tersebut. Perit getir yang dilaluinya dikisahkan seperti berikut:

“Susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal…orang yang ingin menunaikan haji mestilah sabar…..di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti kebiasaanya ketika di darat…kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang pelayaran pergi dan balik dari menunaikan haji; sabar ialah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.”

SOURCE: Teks ini adalah hak milik Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM). Teks adalah panel pameran 'En Route to Mecca: Pilgrims' Voices throughout the Centuries' IAMM. Writer and researcher: Mr. Zulkifli Ishak/ English editor: Mr. Lucien de Guise/ Malay editor: Mrs. Ros Mahwati Ahmad Zakaria. Gambar adalah hak milik Arkib Negara Malaysia.

1 comment:

  1. your blog is great mashaAllah!! please keep writing (in english too!)

    ReplyDelete