Monday, June 21, 2010

LOVE, TAJ MAHAL, AND THE TRUTH.

Antara tugasan dan tanggungjawab saya adalah menyampaikan cerita, dan dalam masa yang sama berharapan agar sedikit sebanyak dapat educate people yang datang ke tempat saya berkerja. Berdiri di sisi model replika Taj Mahal di galeri Architecture, sambil saya ‘mengoreng’ sama ada pelajar, student ipt, ahli2 akademik, seniman, orang2 kenamaan mahupun pemimpin negara luar, saya masih ada sedikit sceptic untuk menceritakan satu bab dalam sejarah popular Taj Mahal yang terletak di Agra India; kisah lambang cinta Shah Jahan dengan Mumtaz Mahalnya, dan biasanya saya akan cerita benda ni paling last sekali.
Betulkah Shah Jahan mengarahkan 20, 000 artisan dan pekerja membina Taj Mahal semata2 sebagai lambang kasih dan cintanya kepada Mumtaz Mahal? Perlukah bangunan besar 'bagak' ini di bina semata2 untuk menempatkan makam Mumtaz Mahal? Over-expressive sungguhkah Shah Jahan ini seperti hero2 filem Bollywood sehingga sanggup mengerah tenaga rakyat untuk membina Taj Mahal demi menyatakan rasa cinta agungnya kepada Mumtaz Mahal? Dan banyak lagi persoalan yang seumpamanya berlegar2 kat kepala saya.
Kalau dari segi pengkajian ilmiah, banyak pendapat yang berbeza di berikan oleh para academician untuk menafikan fakta2 sejarah cinta popular ini. Ada yang mengatakan bahawa Taj Mahal asalnya merupakan Istana Raja Mansingh, seorang raja Hindu yang kemudiannya di jadikan makam persemadian isteri Shah Jahan oleh Shah Jahan sendiri. Jenazah Mumtaz Mahal di pindahkan di Taj Mahal selepas enam bulan isterinya bersemadi di Burhanpur (pendedahan di jurnal Royal Institute of British Architects 1980). Semenjak 1964 lagi, seorang Professor bernama P. N. Oak sudah mengatakan bahawa Taj Mahal originally as a Hindu Palace. Pengkajian terhadap chronicle Badshahnama (a Muslim chronicle written during the reign of Shah Jahan) yang bertulisan Parsi pula tidak sekali2 menyebut tentang Taj Mahal, dan pengkajian ini telah berlaku semenjak tahun 1860’ an lagi. Di tambah lagi dengan persoalan2 lain yang di timbulkan seperti nama Mahal berasal daripada Mahaleyo, a Shiva temple, sehingga kepada nama Mumtaz Mahal sendiri yang nama sebenarnya adalah Mumtaz al-Zamani turut di persoalkan. Tapi ini semua adalah pandangan academician barat yang mungkin ada kaitannya dengan politik dan agenda2 mereka tersendiri dan sebagainya. Mungkin kita perlu pula melihat perspektif daripada golongan academician yang lain. Tadak masalah, sejarah itukan dinamik.
Dalam isu Taj Mahal sebagai lambang cinta antara Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal, saya cuba melihatnya pula dengan perspektif yang berbeza, di mana mungkin Taj Mahal yang dibina Shah Jahan bukan sahaja di dirikan semata2 untuk meyemadikan arwah isterinya. Taj Mahal juga bukan semata2 sebagai ekspresi betapa besarnya cinta Shah Jahan. Tetapi dengan pembinaan Taj Mahal ini, mungkin Shah Jahan mahu memberitahu dunia dan generasi akan datang bahawa Shah Jahan masih berdiri utuh sebagai seorang Maharaja Mughal India, dan menyambung tradisi Maharaja2 sebelumnya dengan membina binaan2 gah dan mewah, walaupun ketika itu dia di uji dengan kematian isteri tercintanya (pemerintah kerajaan Islam Mughal di India mempunyai historical consciousness yang kuat, tidak seperti pemerintah Hindu di India). Isterinya pula di berikan penghormatan dengan dimakamkan di tempat yang indah dan selamat. Akan tetapi, saya juga tidak menafikan Taj Mahal mungkin juga berakar umbikan cinta Shah Jahan kepada isterinya seperti yang biasa kita ketahui. Ini kerana saya percaya kerana cinta manusia berkeupayaan membuat apa2 sahaja. Walau bagaimana pun, rahsia cinta antara dua orang manusia sebenarnya hanya di ketahui oleh dua sosok manusia tersebut. Rahsia cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal, hanya mereka berdua yang telah bersemadi sebelah menyebelah di dalam Taj Mahal itu sajalah yang mengetahuinya. Dan sebenarnya, hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. As an outsider, kita tiada kata putus.
Dengan adanya cerita romantic Shah Jahan dan Mumtaz Mahal jugalah menyebabkan lahirnya beberapa persoalan seperti ini yang biasa di tanya kepada saya, “Taj Mahal ni mausoleum ke Masjid?”, “Boleh sembahyang tak kat Taj Mahal?”. Untuk memilih jalan selamat, biasanya saya menyatakan bahawa orang Islam boleh sujud di mana2 pun di setiap inci bumi Allah ini (mesti bersih, ikut syarat, rukun, etc.) untuk bersembahyang. Tadak hal, Islam itu tidak menyulitkan penganutnya.
PLUS: Is Shah Jahan is an expressive or inexpressive husband in expressing his love to his wife Mumtaz Mahal? Is he using words or symbols, or both? No need to answer that.


No comments:

Post a Comment