Wednesday, June 23, 2010

IV. EN ROUTE TO MAKKAH: PILGRIMS' VOICES THROUGHOUT THE CENTURIES (LUDOVICO DI VARTHEMA)

LUDOVICO DI VARTHEMA
BOLOGNA, ITALY
HAJJ 1503 AD / 908 AH

Ludovico di Varthema (c. 1470-1517 AD/ 874- 922 AH) was from Bologna and is believed to have travelled extensively in the first half of the 16th century. His seven-year journey to the Middle East, India, Burma, Malaya, Siam and Indonesia between the years 1502 AD/ 907 AH and 1508 AD/ 913 AH was recorded in his famous work, entitled the Itinerario (The Itinerary). His accounts of Mecca and the Muslim Hajj pilgrimage are among the earliest European records of this subject. With his status as a Muslim still in question, he cunningly managed to enroll himself with the Mamluk vanguard of the caravan that headed for the Holy City in 1503 AD/ 908 AH. On the way to Mecca from Damascus, he recorded the obstacles that were encountered by Muslims pilgrims. Varthema entered Mecca as part of a mercenary army with the purpose of ensuring the safety of Muslim pilgrims. They set out from a place he called ‘Mezeribe’, probably Jubb al-Mazarib in Syria today. His departure in the Itinerario as stated:

“On 11th of April (1503), the said caravan departed from Mezeribe; there were 35,000 camels, about 40,000 persons, and we were sixty Memelukes in guard of the said caravan. One third of Memelukes went in advance of the caravan with the standard, another third in the centre, and the other third marched in the rear”.

One of the major obstacles for the Muslim pilgrims was a constant fear for the attack of robbers. In Varthema’s accounts, he mentioned how their company was able to overcome the nomadic pirates because of disputes relating to water resources.

LUDOVICO DI VARTHEMA
BOLOGNA, ITALI
MENUJU KE MAKKAH 1503 M / 908 H

Ludovico di Varthema (1470- 157 M/ 874- 922 H) yang berasal dari Bologna, Itali dipercayai telah mengembara ke serata dunia pada sekitar abad ke-16 M / abad ke-10 H. Kembaranya selama tujuh tahun ke Timur Tengah, India, Burma, Malaya, Siam dan Indonesia di antara tahun 1502 M/ 907 H dan 1508 M/ 913 H telah dicatatkan di dalam bukunya yang terkenal bertajuk Itinerario. Catatannya berkaitan Makkah dan ibadah haji orang Islam merupakan antara yang terawal dilakukan di kalangan bangsa Eropah. Walaupun status dirinya sebagai seorang Muslim masih menjadi persoalan, kelicikannya membolehkan beliau berjaya menyertai angkatan tentera Mamluk yang bertanggungjawab mengiringi karavan haji ke Tanah Suci Makkah pada tahun 1503 M/ 908 H. Semasa dalam perjalanan ke Makkah dari Damsyik, beliau telah merekodkan halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh jemaah haji. Varthema memasuki Makkah sebagai salah seorang daripada askar upahan yang ditugaskan untuk memastikan keselamatan jemaah haji. Karavan di bawah jagaannya bertolak dari tempat yang dipanggilnya ‘Mezeribe’, berkemungkinan Jubb al-Mazarib yang terletak di Syria pada hari ini. Keberangkatannya telah dinyatakan di dalam catatannya Itinerario:

“Pada 11 April (1503), karavan ini telah bertolak daripada Mezeribe; di sini terdapat 35, 000 ekor unta, dengan lebih kurang 40, 000 jemaah, dan kami, askar Mamluk seramai enam puluh orang bertugas mengawalnya. Satu pertiga daripada jumlah askar Mamluk ini mendahului karavan di hadapan seperti yang biasa dilakukan, satu pertiga lagi berada di bahagian tengah, dan satu pertiga yang lainnya pula berbaris di belakang sekali.”

Salah satu daripada halangan besar yang ditakuti oleh jemaah haji ialah ancaman penyamun yang berterusan. Di dalam catatan Varthema, beliau menceritakan bagaimana karavannya berjaya mengatasi penyamun nomad ini selepas berlakunya pertelingkahan mengenai sumber air.
SOURCE: Teks ini adalah hak milik Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM). Teks adalah panel pameran 'En Route to Mecca: Pilgrims' Voices throughout the Centuries' IAMM. Writer and researcher: Mr. Zulkifli Ishak/ English editor: Mr. Lucien de Guise/ Malay editor: Mrs. Ros Mahwati Ahmad Zakaria.

No comments:

Post a Comment